1 Selepas wabak itu berhenti, TUHAN berfirman kepada Musa dan Eleazar anak Harun,
2 “Kamu harus membanci semua orang Israel menurut keluarga masing-masing. Semua orang lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas dan yang layak menjadi askar harus dibanci.”
3-4 Musa dan Eleazar mematuhi perintah TUHAN. Mereka mengumpulkan semua orang lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas. Mereka berkumpul di dataran Moab di seberang Sungai Yordan, bertentangan dengan kota Yerikho.Inilah orang Israel yang keluar dari Mesir:
5 Suku Ruben, anak sulung Yakub: puak Henokh, Palu,
6 Hezron, dan Karmi.
7 Kaum lelaki dalam puak-puak itu berjumlah 43,730 orang.