57 Suku Lewi terdiri daripada puak Gerson, Kehat, dan Merari.
58 Dalam keturunan mereka termasuk puak Libni, Hebron, Mahli, Musi, dan Korah. Kehat ialah bapa Amram.
59 Amram berkahwin dengan Yokhebed, anak perempuan Lewi. Yokhebed lahir di Mesir. Amram dan Yokhebed mempunyai dua orang anak lelaki, Harun dan Musa, serta seorang anak perempuan bernama Miryam.
60 Harun mempunyai empat orang anak lelaki: Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar.
61 Nadab dan Abihu meninggal ketika mereka mempersembahkan api yang tidak dikehendaki TUHAN.
62 Orang lelaki daripada suku Lewi yang berumur satu bulan ke atas berjumlah 23,000 orang. Mereka didaftarkan berasingan dengan orang Israel lain kerana mereka tidak mendapat tanah pusaka di tanah Israel.
63 Semua puak itu didaftarkan oleh Musa dan Eleazar ketika mereka membanci umat Israel di dataran Moab, di seberang Sungai Yordan, bertentangan dengan kota Yerikho.