62 Orang lelaki daripada suku Lewi yang berumur satu bulan ke atas berjumlah 23,000 orang. Mereka didaftarkan berasingan dengan orang Israel lain kerana mereka tidak mendapat tanah pusaka di tanah Israel.
63 Semua puak itu didaftarkan oleh Musa dan Eleazar ketika mereka membanci umat Israel di dataran Moab, di seberang Sungai Yordan, bertentangan dengan kota Yerikho.
64 Antara mereka yang didaftarkan oleh Musa di Gurun Sinai, tidak seorang pun yang masih hidup.
65 TUHAN berfirman bahawa mereka semua akan mati di padang gurun. Mereka semua telah meninggal, kecuali Kaleb anak Yefune dan Yosua anak Nun.