16 Perayaan Paska bagi menghormati TUHAN harus diadakan pada hari keempat belas bulan pertama.
17 Pada lima belas hari bulan itu, perayaan agama dimulakan dan berlangsung selama tujuh hari. Pada masa itu hanya roti yang tidak beragi boleh dimakan.
18 Pada hari pertama perayaan itu, kamu harus berkumpul dan beribadat; jangan lakukan pekerjaan berat.
19 Persembahkanlah korban untuk menyenangkan hati TUHAN, sebagai persembahan makanan kepada-Nya: dua ekor lembu jantan muda, seekor domba jantan dan tujuh ekor anak domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat.
20 Persembahkanlah korban untuk mengucap syukur menurut apa yang ditetapkan, iaitu tepung bercampur minyak zaitun: bagi setiap ekor lembu persembahkanlah tiga kilogram tepung, dua kilogram bagi domba jantan,
21 dan satu kilogram bagi setiap ekor anak domba jantan.
22 Persembahkanlah juga seekor kambing jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa. Dengan cara itu kamu melakukan upacara penyucian untuk umat itu.