23 Semua korban itu merupakan tambahan kepada korban yang dipersembahkan pada setiap pagi, iaitu korban untuk menyenangkan hati TUHAN.
24 Dengan cara itu juga, selama tujuh hari, kamu harus mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Korban itu merupakan tambahan kepada korban untuk menyenangkan hati TUHAN, bersama dengan korban wain, yang dipersembahkan pada setiap hari. Bau korban itu menyenangkan hati TUHAN.
25 Pada hari ketujuh, kamu harus berkumpul untuk beribadat; jangan lakukan pekerjaan berat.
26 Pada hari pertama Perayaan Menuai, apabila kamu mempersembahkan gandum baru kepada TUHAN, kamu harus berkumpul untuk beribadat; jangan lakukan pekerjaan berat.
27 Persembahkanlah korban untuk menyenangkan hati TUHAN, iaitu dua ekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, dan tujuh ekor domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat. Bau korban itu menyenangkan hati TUHAN.
28 Persembahkanlah korban untuk mengucap syukur, yang berupa tepung bercampur minyak zaitun: tiga kilogram untuk setiap ekor lembu jantan, dua kilogram untuk domba jantan
29 dan satu kilogram untuk setiap ekor anak domba.