27 Persembahkanlah korban untuk menyenangkan hati TUHAN, iaitu dua ekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, dan tujuh ekor domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat. Bau korban itu menyenangkan hati TUHAN.
28 Persembahkanlah korban untuk mengucap syukur, yang berupa tepung bercampur minyak zaitun: tiga kilogram untuk setiap ekor lembu jantan, dua kilogram untuk domba jantan
29 dan satu kilogram untuk setiap ekor anak domba.
30 Persembahkanlah juga seekor kambing jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa. Dengan cara itu kamu melakukan upacara penyucian untuk umat Israel.
31 Semua persembahan itu bersama dengan korban wain merupakan tambahan kepada korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban untuk mengucap syukur, yang dipersembahkan setiap hari.