3 Persembahkanlah juga korban untuk mengucap syukur, menurut apa yang ditetapkan, iaitu korban berupa tepung terbaik bercampur minyak zaitun: tiga kilogram tepung untuk lembu jantan, dua kilogram untuk domba jantan,
4 dan satu kilogram untuk setiap ekor anak domba jantan.
5 Persembahkanlah seekor kambing jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa. Dengan cara itu kamu melakukan upacara penyucian untuk umat.
6 Semua korban itu merupakan tambahan kepada korban untuk menyenangkan hati TUHAN, yang dipersembahkan bersama dengan korban untuk mengucap syukur, pada hari pertama tiap-tiap bulan, dan juga tambahan kepada korban harian yang dipersembahkan bersama dengan korban untuk mengucap syukur, dan korban wain. Bau persembahan makanan ini menyenangkan hati TUHAN.
7 Pada hari kesepuluh bulan ketujuh, kamu harus berkumpul untuk beribadat. Pada hari itu kamu harus berpuasa dan jangan lakukan pekerjaan harian.
8 Persembahkanlah korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Korban itu berupa seekor lembu jantan, seekor domba jantan, dan tujuh ekor anak domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat. Bau asap korban itu menyenangkan hati TUHAN.
9 Persembahkanlah korban untuk mengucap syukur, menurut apa yang ditetapkan, iaitu tepung terbaik bercampur minyak zaitun: tiga kilogram untuk lembu jantan, dua kilogram untuk domba jantan,