Bilangan 29:8-14 BM

8 Persembahkanlah korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Korban itu berupa seekor lembu jantan, seekor domba jantan, dan tujuh ekor anak domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat. Bau asap korban itu menyenangkan hati TUHAN.

9 Persembahkanlah korban untuk mengucap syukur, menurut apa yang ditetapkan, iaitu tepung terbaik bercampur minyak zaitun: tiga kilogram untuk lembu jantan, dua kilogram untuk domba jantan,

10 dan satu kilogram untuk setiap ekor anak domba.

11 Persembahkanlah juga seekor kambing jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa umat, di samping kambing jantan yang dipersembahkan bagi upacara penyucian umat, dan korban harian bersama dengan korban untuk mengucap syukur dan korban wain yang dipersembahkan pada hari itu.

12 Pada hari kelima belas bulan ketujuh, kamu harus berkumpul untuk beribadat dan jangan lakukan pekerjaan harian. Kamu harus merayakan perayaan itu selama tujuh hari untuk menghormati TUHAN.

13 Pada hari yang pertama, persembahkanlah korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Korban itu berupa tiga belas ekor lembu jantan, dua ekor domba jantan dan empat belas ekor anak domba jantan yang berumur satu tahun. Semuanya tidak boleh ada cacat. Bau persembahan makanan itu menyenangkan hati TUHAN.

14 Persembahkanlah juga korban untuk mengucap syukur, menurut apa yang ditetapkan, iaitu korban berupa tepung terbaik bercampur minyak zaitun: tiga kilogram gandum untuk setiap ekor lembu jantan, dua kilogram untuk setiap ekor domba jantan,