10 Jika seorang perempuan yang sudah berkahwin bernazar ataupun berjanji tidak akan melakukan sesuatu perkara,
11 dia mesti memenuhi segala nazar atau janjinya itu, jika suaminya tidak melarang dia ketika mendengar tentang perkara itu.
12 Tetapi jika suaminya melarang dia memenuhi nazarnya ketika mendengar perkara itu, perempuan itu tidak lagi diwajibkan untuk memenuhi nazarnya. Suaminya telah menghalang dia, maka TUHAN pun akan mengampuni perempuan itu.
13 Suaminya berhak menyetujui ataupun membatalkan nazar atau janji apa sahaja yang sudah dibuat oleh isterinya.
14 Tetapi jika suaminya mendengar perkara itu, dan tidak melarangnya pada waktu itu, maka isteri itu harus memenuhi segala nazar ataupun janjinya. Suami itu sudah menyetujui nazar atau janji isterinya, kerana dia tidak melarang isterinya pada hari dia mendengar perkara itu.
15 Tetapi jika suami itu membatalkan nazar atau janji isterinya pada kemudian hari, maka suamilah yang mesti menanggung akibat pembatalan nazar itu.
16 Itulah peraturan-peraturan yang diberikan oleh TUHAN kepada Musa tentang nazar yang dibuat oleh seorang perempuan yang sudah berkahwin atau oleh gadis yang masih tinggal dengan bapanya.