1 Suku Ruben dan suku Gad mempunyai sangat banyak ternakan. Apabila mereka melihat betapa baiknya tanah Yaezer dan Gilead untuk penternakan,
2 mereka pergi menghadap Musa, Eleazar, dan para pemimpin Israel yang lain. Suku Ruben dan suku Gad berkata,
3-4 “Kota-kota yang diduduki umat kita dengan pertolongan TUHAN, sangat baik untuk penternakan, iaitu kota Atarot, Dibon, Yaezer, Nimra, Hesybon, Eleale, Sebam, Nebo, dan Beon. Oleh sebab kami mempunyai sangat banyak ternakan,
5 berikanlah tanah itu kepada kami sebagai milik kami. Janganlah suruh kami menyeberang Sungai Yordan dan tinggal di sana.”
6 Musa menjawab, “Adakah kamu mahu tinggal di sini, sedangkan orang sebangsa kamu pergi berperang?
7 Mengapa kamu menawarkan hati orang Israel untuk menyeberang Sungai Yordan dan pergi ke tanah yang diberikan TUHAN kepada mereka?