13 TUHAN murka terhadap umat Israel dan membuat mereka mengembara di padang gurun selama empat puluh tahun, sehingga segenap keturunan yang memberontak terhadap TUHAN sudah meninggal.
14 Sekarang kamu pula menjadi seperti bapa-bapa kamu, satu lagi generasi orang yang berdosa. Kamu mendatangkan lagi kemurkaan TUHAN kepada Israel.
15 Jika kamu, suku Ruben dan suku Gad tidak setia kepada TUHAN sekarang, sekali lagi TUHAN akan meninggalkan umat Israel di padang gurun ini, dan kamulah yang menyebabkan kebinasaan mereka.”
16 Suku Ruben dan suku Gad menghadap Musa dan berkata, “Mula-mula benarkanlah kami membina kandang bertembok batu untuk domba kami dan kota bertembok untuk anak isteri kami.
17 Setelah itu kami bersedia mengikut sesama bangsa kami maju berperang. Kami akan memimpin serangan itu sehingga kami membantu mereka menetap di tanah yang menjadi milik mereka. Sementara itu anak isteri kami dapat tinggal di sini, di dalam kota-kota yang bertembok dan selamat daripada serangan penduduk negeri ini.
18 Kami tidak akan kembali ke rumah sebelum semua orang Israel mempunyai tanah sebagai milik pusaka.
19 Kami tidak akan mengambil sedikit pun daripada tanah di seberang Sungai Yordan, kerana kami sudah menerima bahagian kami di sebelah timur Sungai Yordan.”