2 mereka pergi menghadap Musa, Eleazar, dan para pemimpin Israel yang lain. Suku Ruben dan suku Gad berkata,
3-4 “Kota-kota yang diduduki umat kita dengan pertolongan TUHAN, sangat baik untuk penternakan, iaitu kota Atarot, Dibon, Yaezer, Nimra, Hesybon, Eleale, Sebam, Nebo, dan Beon. Oleh sebab kami mempunyai sangat banyak ternakan,
5 berikanlah tanah itu kepada kami sebagai milik kami. Janganlah suruh kami menyeberang Sungai Yordan dan tinggal di sana.”
6 Musa menjawab, “Adakah kamu mahu tinggal di sini, sedangkan orang sebangsa kamu pergi berperang?
7 Mengapa kamu menawarkan hati orang Israel untuk menyeberang Sungai Yordan dan pergi ke tanah yang diberikan TUHAN kepada mereka?
8 Itulah perkara yang dibuat oleh bapa-bapa kamu di Kades-Barnea ketika aku menyuruh mereka pergi mengintip tanah itu.
9 Mereka pergi sampai ke Lembah Eskol lalu nampak tanah itu. Tetapi apabila mereka kembali, mereka menawarkan hati orang Israel, sehingga orang Israel takut pergi ke tanah yang diberikan TUHAN kepada mereka.