23 Tetapi jika kamu tidak menepati janji, ingatlah bahawa kamu berdosa terhadap TUHAN. Sesungguhnya, kamu akan dihukum kerana dosa kamu itu.
24 Pergilah bina kota kamu dan kandang untuk domba kamu, tetapi tepatilah janji kamu itu!”
25 Orang daripada suku Gad dan suku Ruben berkata, “Tuan, kami akan menurut perintah tuan.
26 Anak isteri kami serta lembu dan domba kami akan tinggal di sini, di kota-kota Gilead.
27 Tetapi kami bersedia berperang demi perintah TUHAN. Kami akan menyeberangi Sungai Yordan dan bertempur seperti yang sudah tuan katakan.”
28 Oleh itu Musa memberikan perintah ini kepada Imam Eleazar, Yosua, dan para pemimpin Israel yang lain, katanya,
29 “Jika orang Gad dan orang Ruben menyeberang Sungai Yordan dan bersedia berperang demi perintah TUHAN, dan jika dengan pertolongan mereka, kamu berjaya menakluki tanah itu, berilah mereka tanah Gilead sebagai pusaka mereka.