12 Setelah itu mereka berkhemah di Dofka,
13 lalu di Alus,
14 dan kemudian di Rafidim, tetapi di sana tidak ada air minum.
15-37 Dalam perjalanan mereka dari Rafidim ke Gunung Hor, mereka berkhemah di tempat-tempat berikut: Gurun Sinai, Kibrot-Taawa (atau “Kuburan Kerakusan”), Hazerot, Ritma, Rimon-Peres, Libna, Risa, Kehelata, Gunung Syafer, Harada, Makhelot, Tahat, Tarah, Mitka, Hasmona, Moserot, Bene-Yaakan, Hor-Gidgad, Yotbata, Abrona, Ezion-Geber, padang gurun Zin (iaitu Kades), dan Gunung Hor di sempadan tanah Edom.
38-39 Imam Harun naik ke Gunung Hor menurut perintah TUHAN. Di situ Harun meninggal ketika berumur 123 tahun, pada hari pertama bulan kelima, tahun yang keempat puluh setelah umat Israel meninggalkan Mesir.
40 Sementara itu raja negeri Arad, di Tanah Negeb, di bahagian selatan Kanaan mendapat khabar bahawa umat Israel sedang menuju ke negerinya.
41-49 Inilah tempat-tempat perkhemahan umat Israel dalam perjalanan dari Gunung Hor sampai ke dataran tanah Moab: Zalmona, Funon, Obot, reruntuhan Abarim di kawasan Moab, Dibon-Gad, Almon-Diblataim, Pergunungan Abarim dekat Gunung Nebo dan di dataran tanah Moab di pinggir Sungai Yordan, bertentangan dengan kota Yerikho, di antara Bet-Yesimot dan Lembah Sitim.