1 Di dataran Moab, di pinggir Sungai Yordan, bertentangan dengan kota Yerikho, TUHAN berfirman kepada Musa,
2 “Beritahulah umat Israel bahawa dari tanah yang diterima, mereka harus memberi orang Lewi beberapa buah kota sebagai tempat tinggal dengan padang rumput di sekitar kota.
3 Kota-kota itu akan menjadi milik orang Lewi, dan mereka akan tinggal di sana. Padang-padang rumput itu untuk ternakan dan semua binatang lain yang dipelihara mereka.
4 Padang-padang rumput itu harus seluas 450 meter ke segala arah, diukur dari tembok kota.
5 Kawasan orang Lewi harus empat persegi, seluas 900 meter pada tiap-tiap segi. Kota itu harus terletak di tengah-tengah kawasan itu.