20 Jika seseorang membenci seorang lain lalu membunuhnya dengan membanting dia, atau dengan melemparkan sesuatu kepadanya,
21 ataupun dengan menumbuknya, orang itu adalah pembunuh dan mesti dihukum mati. Saudara terdekat orang yang mati itu bertanggungjawab untuk melaksanakan hukuman mati kepada pembunuh itu. Apabila saudara itu menemui si pembunuh, dia harus membunuh orang itu.
22 Tetapi jika dengan tidak sengaja, seseorang membunuh orang yang tidak dibencinya, sama ada dengan membanting dia ataupun dengan melemparkan sesuatu kepadanya;
23 atau jika seseorang melempar batu dengan tidak melihat, lalu batu itu membunuh seseorang, tetapi orang itu tidak bermaksud untuk membunuh, dan orang yang terbunuh itu pun bukan musuhnya,
24 maka dalam hal itu, orang ramai harus membela orang itu, dan tidak memihak sanak saudara orang yang terbunuh, yang mahu membalas dendam.
25 Biarlah orang ramai melindungi orang yang didakwa itu daripada sanak saudara yang mahu membalas dendam, lalu membawanya kembali ke kota perlindungan, tempat dia melarikan diri. Dia mesti tinggal di situ sehingga Imam Agung pada masa itu meninggal.
26 Jika orang itu meninggalkan kota perlindungan, tempat dia melarikan diri,