23 atau jika seseorang melempar batu dengan tidak melihat, lalu batu itu membunuh seseorang, tetapi orang itu tidak bermaksud untuk membunuh, dan orang yang terbunuh itu pun bukan musuhnya,
24 maka dalam hal itu, orang ramai harus membela orang itu, dan tidak memihak sanak saudara orang yang terbunuh, yang mahu membalas dendam.
25 Biarlah orang ramai melindungi orang yang didakwa itu daripada sanak saudara yang mahu membalas dendam, lalu membawanya kembali ke kota perlindungan, tempat dia melarikan diri. Dia mesti tinggal di situ sehingga Imam Agung pada masa itu meninggal.
26 Jika orang itu meninggalkan kota perlindungan, tempat dia melarikan diri,
27 dan jika dia ditemui dan dibunuh sanak saudara orang yang sudah mati, pembalasan itu bukanlah pembunuhan.
28 Orang yang didakwa itu mesti tinggal di dalam kota perlindungan sehingga Imam Agung meninggal, barulah dia boleh pulang ke rumahnya.
29 Peraturan-peraturan ini berlaku bagi kamu dan keturunan kamu di mana sahaja kamu tinggal.