26 Jika orang itu meninggalkan kota perlindungan, tempat dia melarikan diri,
27 dan jika dia ditemui dan dibunuh sanak saudara orang yang sudah mati, pembalasan itu bukanlah pembunuhan.
28 Orang yang didakwa itu mesti tinggal di dalam kota perlindungan sehingga Imam Agung meninggal, barulah dia boleh pulang ke rumahnya.
29 Peraturan-peraturan ini berlaku bagi kamu dan keturunan kamu di mana sahaja kamu tinggal.
30 Seseorang yang didakwa sebagai pembunuh, boleh didapati bersalah dan dihukum mati, jika hal itu dapat dibuktikan oleh dua atau lebih orang saksi. Kesaksian satu orang tidak cukup bagi perkara pembunuhan.
31 Seorang pembunuh mesti dihukum mati, dan tidak dapat melepaskan diri daripada hukuman itu dengan membayar wang.
32 Jika seseorang melarikan diri ke salah satu kota perlindungan, jangan benarkan dia memberikan wang supaya dia dapat kembali ke rumahnya sebelum Imam Agung meninggal.