31 Seorang pembunuh mesti dihukum mati, dan tidak dapat melepaskan diri daripada hukuman itu dengan membayar wang.
32 Jika seseorang melarikan diri ke salah satu kota perlindungan, jangan benarkan dia memberikan wang supaya dia dapat kembali ke rumahnya sebelum Imam Agung meninggal.
33 Perbuatan itu akan menajiskan tanah tempat tinggal kamu. Pembunuhan menajiskan tanah kamu, dan tidak ada jalan lain yang dapat membersihkan tanah itu kecuali dengan kematian pembunuh itu sendiri.
34 Jangan najiskan tanah tempat tinggal kamu, kerana Akulah TUHAN, dan Aku tinggal di tengah-tengah umat Israel.”