6 Kamu harus memberi orang Lewi enam buah kota perlindungan, supaya jika ada sesiapa yang membunuh orang dengan tidak sengaja, orang itu boleh lari ke salah satu kota itu. Selain itu, berikanlah juga 42 buah kota kepada mereka,
7 sehingga berjumlah 48 buah kota, dengan padang rumputnya.
8 Bilangan kota yang harus diberikan kepada orang Lewi ditentukan menurut banyaknya kota dan besarnya wilayah tiap-tiap suku itu.”
9 TUHAN berfirman kepada Musa
10 supaya memberitahu umat Israel, “Apabila kamu menyeberang Sungai Yordan dan pergi ke tanah Kanaan,
11 pilihlah beberapa buah kota perlindungan, supaya sesiapa yang membunuh orang dengan tidak sengaja, dapat lari ke kota itu.
12 Di situ dia akan selamat daripada sanak saudara orang yang terbunuh, yang mahu membalas dendam. Seseorang yang dituduh membunuh orang, tidak boleh dihukum mati sehingga orang itu diadili di hadapan orang ramai.