17 TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun,
18 “Jangan biar puak Kehat mati
19 kerana menghampiri benda-benda yang sangat suci itu. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, Harun dan anak-anak lelakinya harus masuk ke dalam Khemah TUHAN dan menentukan tugas tiap-tiap orang, dan juga benda yang harus dibawa oleh setiap orang.
20 Tetapi jika orang daripada puak Kehat masuk ke dalam Khemah TUHAN dan melihat para imam menyiapkan benda-benda suci untuk dipindahkan, mereka akan mati.”
21 TUHAN menyuruh Musa
22 membanci puak Gerson daripada suku Lewi, menurut puak kecil dan keluarga masing-masing.
23 Musa juga disuruh mendaftarkan semua orang lelaki yang berumur di antara 30 dan 50 tahun, yang layak bekerja di Khemah TUHAN.