22 Air yang mendatangkan kutuk ini akan masuk ke dalam perutmu, dan menjadikannya kembung serta mengecutkan kemaluanmu.”Perempuan itu harus menjawab, “Saya setuju, biarlah TUHAN berbuat begitu.”
23 Selepas itu imam harus menuliskan kutuk itu lalu memadamkannya dengan air pahit di dalam mangkuk itu.
24 Sebelum imam menyuruh perempuan itu minum air yang akan mendatangkan rasa sakit,
25 imam harus mengambil persembahan tepung dari tangan perempuan itu, lalu mengunjukkannya untuk dipersembahkan kepada TUHAN, kemudian meletakkannya di atas mazbah.
26 Selepas itu imam harus mengambil segenggam tepung itu sebagai tanda bahawa semuanya dipersembahkan, lalu membakarnya di atas mazbah. Akhirnya, imam harus menyuruh perempuan itu minum air itu.
27 Jika perempuan itu sudah berzina, air itu akan menyebabkan dia sakit sekali; perutnya akan mengembung dan kemaluannya mengecut. Namanya akan menjadi kutuk antara bangsanya.
28 Tetapi jika dia tidak bersalah, dia tidak akan kena kutuk dan masih dapat beranak.