16 Imam harus mempersembahkan semua itu kepada TUHAN, dan juga korban untuk mengampunkan dosa dan korban untuk menyenangkan hati TUHAN.
17 Dia akan mempersembahkan domba jantan itu kepada TUHAN sebagai korban untuk memohon berkat TUHAN, dan mempersembahkannya dengan sebakul roti; dia juga harus mempersembahkan korban untuk mengucap syukur, dan korban wain.
18 Orang Nazir itu harus mencukur rambutnya di pintu Khemah TUHAN, lalu melemparkan rambutnya itu ke dalam api yang sedang membakar korban untuk memohon berkat TUHAN.
19 Selepas itu, imam akan mengambil kaki depan domba jantan yang sudah direbus, seketul roti tebal dan seketul roti tipis dari bakul itu, lalu meletakkan semuanya ke dalam tangan orang Nazir itu.
20 Kemudian imam itu harus mempersembahkan semuanya sebagai persembahan khas kepada TUHAN. Semua persembahan itu suci dan menjadi milik imam, bersama dengan dada dan paha domba jantan yang menurut peraturan, sudah sememangnya milik imam. Selepas itu, orang itu bukan orang Nazir lagi, dan dia boleh minum wain.
21 Itulah peraturan untuk orang Nazir. Tetapi jika seorang Nazir berjanji untuk memberikan persembahan yang lebih daripada syarat-syarat nazarnya, dia mesti memenuhi semua janjinya itu.
22 TUHAN memerintahkan Musa untuk