1 Pada hari Musa selesai memasangkan Khemah TUHAN, dia mentahbiskan Khemah itu bagi TUHAN, bersama-sama semua peralatannya dengan menyapu semua itu dengan minyak upacara. Begitu juga yang dibuatnya pada mazbah serta peralatannya.
2 Kemudian para pemimpin puak yang menjadi pemimpin dalam suku-suku Israel, iaitu orang yang bertanggungjawab atas pembancian itu,
3 membawa persembahan mereka kepada TUHAN: enam buah kereta lembu dan dua belas ekor lembu, sebuah kereta lembu disumbangkan oleh dua orang pemimpin, dan seekor lembu disumbangkan oleh setiap pemimpin. Setelah mereka mempersembahkan semua itu,
4 TUHAN berfirman kepada Musa,
5 “Terimalah semua persembahan itu untuk digunakan dalam pekerjaan di Khemah-Ku. Berikanlah semuanya kepada orang Lewi, menurut tugas yang dilakukan mereka.”
6 Oleh itu Musa memberikan semua kereta lembu dan lembu itu kepada orang Lewi.
7 Dia memberikan dua buah kereta lembu dan empat ekor lembu kepada puak Gerson,