10 Para pemimpin juga membawa pemberian untuk merayakan upacara pentahbisan mazbah. Apabila mereka sudah siap untuk mempersembahkan pemberian di atas mazbah,
11 TUHAN berfirman kepada Musa, “Beritahulah mereka bahawa tiap-tiap hari, selama dua belas hari, seorang pemimpin harus mempersembahkan pemberiannya untuk upacara pentahbisan mazbah.”
84-88 Jumlah pemberian yang dibawa oleh dua belas orang pemimpin untuk upacara pentahbisan mazbah itu adalah seperti berikut:– 12 buah mangkuk perak dan12 buah besen perak, semuanya seberat 27.6 kilogram,– 12 buah pinggan emas, semuanya seberat 1.32 kilogram dan diisi penuh dengan kemenyan,– 12 ekor lembu jantan,12 ekor domba jantan,12 ekor anak domba berumur satu tahun, sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN, bersama dengan korban yang ditetapkan, iaitu korban untuk mengucap syukur,- 12 ekor kambing sebagai korban untuk mengampunkan dosa,- 24 ekor lembu jantan,60 ekor domba jantan,60 ekor kambing, dan60 ekor anak domba yang berumur satu tahun sebagai korban untuk memohon berkat TUHAN.
89 Apabila Musa masuk ke dalam Khemah TUHAN untuk bercakap dengan TUHAN, dia mendengar TUHAN berfirman kepadanya dari atas penutup Tabut Perjanjian, di antara dua patung kerub.