2 Kemudian para pemimpin puak yang menjadi pemimpin dalam suku-suku Israel, iaitu orang yang bertanggungjawab atas pembancian itu,
3 membawa persembahan mereka kepada TUHAN: enam buah kereta lembu dan dua belas ekor lembu, sebuah kereta lembu disumbangkan oleh dua orang pemimpin, dan seekor lembu disumbangkan oleh setiap pemimpin. Setelah mereka mempersembahkan semua itu,
4 TUHAN berfirman kepada Musa,
5 “Terimalah semua persembahan itu untuk digunakan dalam pekerjaan di Khemah-Ku. Berikanlah semuanya kepada orang Lewi, menurut tugas yang dilakukan mereka.”
6 Oleh itu Musa memberikan semua kereta lembu dan lembu itu kepada orang Lewi.
7 Dia memberikan dua buah kereta lembu dan empat ekor lembu kepada puak Gerson,
8 dan empat buah kereta lembu dan lapan ekor lembu kepada puak Merari. Semua pekerjaan mereka harus dilakukan di bawah pengawasan Itamar anak Harun.