1 TUHAN berfirman kepada Musa,
2 “Beritahulah Harun bahawa apabila dia meletakkan tujuh buah pelita pada kaki pelita, cahaya pelita-pelita harus memancar ke bahagian depan kaki pelita.”
3 Harun mematuhi perintah itu. Dia meletakkan pelita-pelita menghadap bahagian depan kaki pelita.
4 Kaki pelita itu dibuat daripada emas tempaan, dari alasnya sampai ke bunga-bunga hiasan yang di atas, menurut contoh yang ditunjukkan TUHAN kepada Musa.