12 Selepas itu orang Lewi harus meletakkan tangan di atas kepala kedua-dua ekor lembu jantan itu; seekor dipersembahkan sebagai korban untuk mengampunkan dosa dan yang seekor lagi sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Dengan upacara itu, orang Lewi disucikan.
13 Tahbiskanlah orang Lewi sebagai pemberian khas untuk Aku dan suruhlah Harun dan anak-anak lelakinya menjadi pemimpin mereka.
14 Dengan cara itu, orang Lewi dipisahkan daripada orang Israel lain supaya mereka menjadi milik-Ku.
15 Setelah engkau menyucikan dan mentahbiskan orang Lewi, mereka akan layak bertugas di Khemah-Ku.
16 Aku sudah menjadikan mereka pengganti semua anak lelaki sulung Israel, dan mereka menjadi milik-Ku sahaja.
17 Ketika Aku membunuh semua anak lelaki sulung orang Mesir, Aku mentahbiskan semua anak lelaki sulung daripada setiap keluarga Israel menjadi milik-Ku, dan juga setiap anak sulung jantan ternakan.
18 Tetapi sekarang Aku mengambil orang Lewi sebagai pengganti semua anak lelaki sulung Israel.