14 Dengan cara itu, orang Lewi dipisahkan daripada orang Israel lain supaya mereka menjadi milik-Ku.
15 Setelah engkau menyucikan dan mentahbiskan orang Lewi, mereka akan layak bertugas di Khemah-Ku.
16 Aku sudah menjadikan mereka pengganti semua anak lelaki sulung Israel, dan mereka menjadi milik-Ku sahaja.
17 Ketika Aku membunuh semua anak lelaki sulung orang Mesir, Aku mentahbiskan semua anak lelaki sulung daripada setiap keluarga Israel menjadi milik-Ku, dan juga setiap anak sulung jantan ternakan.
18 Tetapi sekarang Aku mengambil orang Lewi sebagai pengganti semua anak lelaki sulung Israel.
19 Aku menyerahkan orang Lewi kepada Harun dan anak-anak lelakinya sebagai pemberian daripada umat Israel, supaya orang Lewi dapat bertugas untuk orang Israel di Khemah-Ku. Orang Lewi juga akan meminta pengampunan daripada-Ku bagi umat Israel supaya umat itu tidak ditimpa bencana jika mereka datang terlalu dekat dengan Bilik Suci.”
20 Oleh itu Musa, Harun, dan segenap umat Israel mentahbiskan orang Lewi kepada TUHAN, menurut perintah TUHAN kepada Musa.