22 Umat Israel melakukan semua yang diperintahkan TUHAN kepada Musa tentang orang Lewi. Dengan demikian orang Lewi layak bertugas di Khemah TUHAN di bawah pimpinan Harun dan anak-anak lelakinya.
23 TUHAN berfirman kepada Musa,
24 “Setiap orang Lewi yang berumur dua puluh lima tahun ke atas, harus menjalankan tugasnya di Khemah-Ku.
25 Apabila seorang Lewi berumur lima puluh tahun, dia dibebaskan daripada tugasnya.
26 Selepas itu dia boleh membantu sesama orang Lewi yang bertugas di Khemah-Ku, tetapi dia tidak lagi mempunyai tugas tetap. Begitulah caranya engkau mengatur tugas orang Lewi.”