7 dengan cara berikut: percikkanlah mereka dengan air untuk menyucikan mereka, lalu suruhlah mereka mencukur seluruh badan dan membasuh pakaian mereka. Dengan demikian mereka menjadi suci.
8 Kemudian orang Lewi harus mengambil seekor lembu jantan muda dan korban yang ditetapkan, iaitu korban untuk mengucap syukur, berupa tepung yang dicampuri minyak zaitun. Engkau harus mengambil seekor lembu jantan lagi sebagai korban untuk mengampunkan dosa.
9 Kemudian kumpulkan segenap umat Israel dan suruh orang Lewi berdiri di hadapan Khemah-Ku.
10 Orang Israel harus meletakkan tangan di atas kepala orang Lewi,
11 lalu Harun harus mentahbiskan orang Lewi sebagai pemberian khas daripada umat Israel untuk Aku, supaya orang Lewi dapat mengabdi kepada-Ku.
12 Selepas itu orang Lewi harus meletakkan tangan di atas kepala kedua-dua ekor lembu jantan itu; seekor dipersembahkan sebagai korban untuk mengampunkan dosa dan yang seekor lagi sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Dengan upacara itu, orang Lewi disucikan.
13 Tahbiskanlah orang Lewi sebagai pemberian khas untuk Aku dan suruhlah Harun dan anak-anak lelakinya menjadi pemimpin mereka.