9 Kemudian kumpulkan segenap umat Israel dan suruh orang Lewi berdiri di hadapan Khemah-Ku.
10 Orang Israel harus meletakkan tangan di atas kepala orang Lewi,
11 lalu Harun harus mentahbiskan orang Lewi sebagai pemberian khas daripada umat Israel untuk Aku, supaya orang Lewi dapat mengabdi kepada-Ku.
12 Selepas itu orang Lewi harus meletakkan tangan di atas kepala kedua-dua ekor lembu jantan itu; seekor dipersembahkan sebagai korban untuk mengampunkan dosa dan yang seekor lagi sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Dengan upacara itu, orang Lewi disucikan.
13 Tahbiskanlah orang Lewi sebagai pemberian khas untuk Aku dan suruhlah Harun dan anak-anak lelakinya menjadi pemimpin mereka.
14 Dengan cara itu, orang Lewi dipisahkan daripada orang Israel lain supaya mereka menjadi milik-Ku.
15 Setelah engkau menyucikan dan mentahbiskan orang Lewi, mereka akan layak bertugas di Khemah-Ku.