1 TUHAN memberi Musa peraturan-peraturan berikut
2 bagi umat Israel. Apabila seorang wanita melahirkan seorang anak lelaki, wanita itu najis selama tujuh hari seperti pada masa haidnya.
3 Pada hari kelapan, anak itu harus disunat.
4 Selepas itu, wanita itu masih najis selama tiga puluh tiga hari lagi kerana mencucurkan darah nifas. Dia tidak boleh menyentuh apa sahaja yang digunakan untuk beribadat, ataupun masuk ke dalam Khemah TUHAN sebelum habis masa penyuciannya.