1 TUHAN memberikan peraturan-peraturan berikut kepada Musa dan Harun.
2 Jika seseorang mempunyai kudis, bisul, ataupun radang pada kulitnya, yang mungkin menjadi penyakit kulit yang mengerikan, dia harus dibawa menghadap imam keturunan Harun.
3 Imam itu akan memeriksa kudis orang itu, dan jika bulu roma di situ sudah menjadi putih dan kudis itu lebih dalam daripada kulit di sekelilingnya, kudis itu penyakit kulit yang mengerikan. Setelah imam memeriksa orang itu, dia harus mengumumkan bahawa orang itu najis.
4 Jika kudis itu putih tetapi tidak lebih dalam daripada kulit di sekelilingnya, dan bulu roma tidak menjadi putih, imam itu harus mengasingkan orang itu selama tujuh hari.
5 Pada hari ketujuh, imam harus memeriksa orang itu lagi, dan jika pada pendapat imam kudis itu masih sama keadaannya dan tidak merebak, dia harus mengasingkan orang itu selama tujuh hari lagi.
6 Pada hari ketujuh, imam harus memeriksa orang itu lagi. Jika kudisnya sudah mula sembuh dan tidak merebak, imam harus mengumumkan bahawa orang itu tahir. Orang itu harus mencuci pakaiannya lalu dia menjadi tahir. Kudis itu hanya kudis biasa.
7 Tetapi jika kudis orang itu merebak setelah imam memeriksanya dan mengumumkan bahawa dia tahir, orang itu harus menghadap imam lagi.