16 Tetapi jika kudis itu sembuh dan menjadi putih semula, orang itu harus menghadap imam
17 untuk diperiksa lagi. Jika kudisnya sudah menjadi putih, orang itu tahir, dan imam harus mengumumkan bahawa orang itu tahir.
18 Jika seseorang mempunyai bisul yang sudah sembuh,
19 tetapi kemudian pada bekas bisul itu terdapat bengkak putih atau radang putih kemerah-merahan, orang itu harus menghadap imam.
20 Imam itu akan memeriksa dia, dan jika radang itu lebih dalam daripada kulit di sekelilingnya, dan bulu roma di situ sudah menjadi putih, imam itu akan mengumumkan bahawa orang itu najis. Penyakitnya itu penyakit kulit yang mengerikan yang sudah bermula pada bisul itu.
21 Tetapi jika imam memeriksa bisul itu dan mendapati bulu roma di situ tidak menjadi putih, dan bahagian itu tidak lebih dalam daripada kulit di sekelilingnya, tetapi hanya kelihatan lebih muda warnanya, imam itu harus mengasingkan orang itu selama tujuh hari.
22 Jika radang itu merebak, imam itu harus mengumumkan bahawa orang itu najis. Orang itu menghidap penyakit kulit yang mengerikan.