24 Apabila kulit seseorang terbakar, lalu kulit pada luka itu menjadi putih atau putih kemerah-merahan,
25 imam harus memeriksa dia. Jika bulu roma pada radang itu menjadi putih dan lebih dalam daripada kulit di sekelilingnya, penyakitnya itu penyakit kulit yang mengerikan, yang bermula daripada kulit yang terbakar. Imam harus mengumumkan bahawa orang itu najis.
26 Tetapi jika bulu roma pada radang itu tidak menjadi putih dan radang itu tidak lebih dalam daripada kulit di sekelilingnya, tetapi hanya kelihatan lebih muda warnanya, imam harus mengasingkan orang itu selama tujuh hari.
27 Pada hari ketujuh, imam harus memeriksa orang itu lagi. Jika radang itu merebak, dia menghidap penyakit kulit yang mengerikan. Imam itu harus mengumumkan bahawa orang itu najis.
28 Tetapi jika radang itu tidak berubah dan tidak merebak, tetapi hanya kelihatan lebih muda warnanya, radang itu bukan penyakit kulit yang mengerikan. Imam harus mengumumkan bahawa orang itu tahir; radang itu hanya bekas luka bakar.
29 Apabila seorang lelaki atau perempuan mempunyai kudis pada kepala atau dagunya,
30 imam harus memeriksa dia. Jika kudis itu lebih dalam daripada kulit di sekelilingnya, dan rambut atau janggut pada kudis itu kekuning-kuningan dan sedikit, orang itu menghidap penyakit kulit yang mengerikan. Imam harus mengumumkan bahawa orang itu najis.