34 Pada hari ketujuh, imam itu harus memeriksa kudis itu sekali lagi. Jika kudis itu tidak merebak, dan tidak lebih dalam daripada kulit di sekelilingnya, imam harus mengumumkan bahawa orang itu tahir. Orang itu harus mencuci pakaiannya, lalu dia akan tahir.
35 Tetapi jika kudis itu merebak setelah orang itu diumumkan tahir,
36 imam harus memeriksa dia sekali lagi. Jika kudis itu sudah merebak, imam tidak perlu mencari rambut atau janggut yang kekuning-kuningan padanya kerana orang itu sudah nyata najis.
37 Tetapi jika pada pendapat imam kudis itu tidak merebak, dan terdapat rambut atau janggut yang sihat pada bahagian itu, kudis itu sudah sembuh. Imam harus mengumumkan bahawa orang itu tahir.
38 Apabila terdapat radang putih pada kulit seorang lelaki ataupun perempuan,
39 imam harus memeriksa orang itu. Jika radang itu putih kabur, radang itu hanya ruam dan orang itu tahir.
40-41 Jika seseorang lelaki menjadi botak pada bahagian depan atau bahagian belakang kepalanya, orang itu tidak najis.