37 Tetapi jika pada pendapat imam kudis itu tidak merebak, dan terdapat rambut atau janggut yang sihat pada bahagian itu, kudis itu sudah sembuh. Imam harus mengumumkan bahawa orang itu tahir.
38 Apabila terdapat radang putih pada kulit seorang lelaki ataupun perempuan,
39 imam harus memeriksa orang itu. Jika radang itu putih kabur, radang itu hanya ruam dan orang itu tahir.
40-41 Jika seseorang lelaki menjadi botak pada bahagian depan atau bahagian belakang kepalanya, orang itu tidak najis.
42 Tetapi jika pada tempat yang botak itu terdapat bintik yang putih kemerah-merahan, bintik itu penyakit kulit yang mengerikan.
43 Imam harus memeriksa orang itu, dan jika terdapat kudis yang putih kemerah-merahan,
44 imam harus mengumumkan bahawa dia najis, kerana kudis di kepalanya itu penyakit kulit yang mengerikan.