49 dan jika warna kulapuk itu kehijau-hijauan atau kemerah-merahan, kulapuk itu jenis yang merebak, dan mesti ditunjukkan kepada imam.
50 Imam harus memeriksanya, lalu mengasingkan benda itu selama tujuh hari.
51 Pada hari ketujuh, imam harus memeriksa benda itu lagi. Jika kulapuk itu merebak, benda itu najis.
52 Imam harus membakar benda itu kerana kulapuk itu jenis yang merebak dan mesti dibakar.
53 Tetapi jika menurut pemeriksaan imam, kulapuk itu tidak merebak pada benda itu,
54 imam harus memberikan arahan supaya benda itu dicuci dan diasingkan selama tujuh hari.
55 Selepas itu imam harus memeriksa benda itu. Jika kulapuk itu tidak berubah warna, walaupun tidak merebak, benda itu masih najis. Benda itu mesti dibakar seluruhnya, walaupun yang terkena kulapuk itu hanya di bahagian hadapan atau di bahagian belakang.