5 Pada hari ketujuh, imam harus memeriksa orang itu lagi, dan jika pada pendapat imam kudis itu masih sama keadaannya dan tidak merebak, dia harus mengasingkan orang itu selama tujuh hari lagi.
6 Pada hari ketujuh, imam harus memeriksa orang itu lagi. Jika kudisnya sudah mula sembuh dan tidak merebak, imam harus mengumumkan bahawa orang itu tahir. Orang itu harus mencuci pakaiannya lalu dia menjadi tahir. Kudis itu hanya kudis biasa.
7 Tetapi jika kudis orang itu merebak setelah imam memeriksanya dan mengumumkan bahawa dia tahir, orang itu harus menghadap imam lagi.
8 Imam itu harus memeriksa dia lagi, dan jika benar-benar kudis itu merebak, imam itu harus mengumumkan bahawa orang itu najis. Kudis itu penyakit kulit yang mengerikan.
9 Apabila seseorang menghidap penyakit kulit yang mengerikan, dia harus dibawa menghadap imam.
10 Imam itu akan memeriksa dia. Jika imam mendapati kudis pada kulit orang itu putih, bernanah dan bulu romanya putih,
11 kudis itu penyakit kulit yang teruk. Imam itu harus mengumumkan bahawa orang itu najis. Orang itu tidak perlu diasingkan kerana sudah nyata bahawa dia najis.