55 Selepas itu imam harus memeriksa benda itu. Jika kulapuk itu tidak berubah warna, walaupun tidak merebak, benda itu masih najis. Benda itu mesti dibakar seluruhnya, walaupun yang terkena kulapuk itu hanya di bahagian hadapan atau di bahagian belakang.
56 Tetapi apabila imam memeriksa kulapuk itu lagi, dan mendapati kulapuk itu sudah pudar warnanya, dia harus mengoyakkan bahagian itu daripada pakaian atau benda kulit itu.
57 Jika kulapuk itu muncul semula, hal ini bererti kulapuk merebak lagi. Pemiliknya harus membakar benda itu.
58 Jika kulapuk itu hilang selepas dicuci, benda itu harus dicuci lagi, lalu benda itu tahir.
59 Inilah peraturan-peraturan tentang kulapuk pada pakaian yang dibuat daripada bulu domba atau linen, ataupun pada kain linen atau kain daripada bulu domba, ataupun pada apa sahaja yang dibuat daripada kulit. Inilah caranya untuk menentukan sama ada sesuatu benda itu tahir atau najis.