9 Apabila seseorang menghidap penyakit kulit yang mengerikan, dia harus dibawa menghadap imam.
10 Imam itu akan memeriksa dia. Jika imam mendapati kudis pada kulit orang itu putih, bernanah dan bulu romanya putih,
11 kudis itu penyakit kulit yang teruk. Imam itu harus mengumumkan bahawa orang itu najis. Orang itu tidak perlu diasingkan kerana sudah nyata bahawa dia najis.
12 Jika penyakit kulit itu merebak dari kepala sampai ke kaki,
13 imam harus memeriksa orang itu lagi. Jika imam mendapati bahawa penyakit itu sudah benar-benar meliputi seluruh badan orang itu, imam harus mengumumkan bahawa orang itu tahir. Jika seluruh kulitnya sudah menjadi putih, orang itu tahir.
14 Tetapi sebaik sahaja kudis yang bernanah muncul, orang itu najis.
15 Imam harus memeriksa dia lagi, dan jika imam mendapati kudis orang itu bernanah, imam itu harus mengumumkan bahawa orang itu najis. Kudis yang bernanah adalah penyakit kulit yang mengerikan, dan orang itu najis.