2 “Beritahulah Harun, abangmu itu, bahawa hanya pada waktu yang telah ditentukan, dia boleh pergi ke belakang tirai, ke dalam Bilik Maha Suci, kerana di situlah Aku menampakkan diri di dalam awan di atas penutup Tabut Perjanjian. Jika Harun melanggar perintah itu, dia akan mati.
3 Dia boleh masuk ke dalam Bilik Maha Suci hanya sesudah dia membawa seekor lembu muda bagi korban untuk mengampunkan dosa dan seekor domba jantan bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN.”
4 Kemudian Harun harus memperhatikan peraturan-peraturan yang berikut. Sebelum Harun masuk ke Bilik Maha Suci, dia harus mandi dan memakai pakaian imam: jubah, celana pendek, ikat pinggang, dan serban, yang semuanya dibuat daripada linen.
5 Umat Israel harus memberikan dua ekor kambing jantan kepada Harun bagi korban untuk mengampunkan dosa, dan seekor domba jantan bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN.
6 Dia harus mempersembahkan seekor lembu jantan sebagai korban untuk menghapuskan dosanya sendiri dan dosa keluarganya.
7 Kemudian dia harus membawa dua ekor kambing itu ke pintu Khemah TUHAN.
8 Di situ dia harus membuang undi dengan menggunakan dua biji batu: yang satu ditandai “Untuk TUHAN” dan yang satu lagi ditandai “Untuk Azazel.”