12 Itulah sebabnya TUHAN melarang orang Israel dan orang asing yang tinggal di kalangan mereka daripada makan darah.
13 Orang Israel mahupun bangsa asing yang tinggal di kalangan mereka, yang menangkap seekor binatang atau burung yang halal, mesti mencurahkan darah haiwan itu ke tanah lalu menutupi darah itu dengan tanah.
14 Nyawa tiap-tiap makhluk terkandung di dalam darahnya. Itulah sebabnya TUHAN memberitahu umat Israel bahawa mereka tidak boleh makan darah sebarang makhluk. Sesiapa yang makan darah tidak lagi dianggap sebagai anggota umat Allah.
15 Sesiapa sahaja, orang Israel ataupun orang asing, yang makan daging binatang yang sudah mati, sama ada yang mati biasa ataupun yang menjadi mangsa binatang buas, mesti mencuci pakaiannya serta mandi, dan menunggu sampai matahari terbenam, barulah dia menjadi tahir semula.
16 Jika dia tidak mencuci pakaiannya dan tidak mandi, dia mesti menanggung akibatnya.