10 Jika seorang Israel berzina dengan isteri orang sebangsanya, orang itu dan perempuan itu mesti dihukum mati.
11 Seorang yang bersetubuh dengan salah seorang isteri bapanya, menghina bapanya; dia dan perempuan itu mesti dihukum mati. Mereka mati kerana kesalahan mereka sendiri.
12 Jika seorang lelaki bersetubuh dengan menantu perempuannya, mereka berdua mesti dihukum mati. Mereka sudah melakukan perbuatan keji, dan mereka mati kerana kesalahan mereka sendiri.
13 Jika seorang lelaki bersemburit dengan seorang lelaki lain, mereka melakukan perbuatan yang hina dan menjijikkan. Mereka berdua mesti dihukum mati; mereka mati kerana kesalahan mereka sendiri.
14 Jika seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan dan dengan ibu perempuan itu juga, ketiga-tiga mereka mesti dibakar sampai mati, kerana perbuatan mereka itu keji. Perbuatan seperti itu tidak dibenarkan berlaku di kalangan kamu.
15 Jika seorang lelaki melakukan perhubungan jenis dengan seekor binatang, dia dan binatang itu mesti dihukum mati.
16 Jika seorang perempuan cuba melakukan perhubungan jenis dengan seekor binatang, perempuan itu dan binatang itu mesti dihukum mati. Kedua-duanya mati kerana kesalahan sendiri.