23 Kamu boleh mempersembahkan binatang yang tidak sempurna bentuknya sebagai korban yang dipersembahkan dengan sukarela, tetapi korban ini tidak akan diterima sebagai korban untuk menunaikan nazar.
24 Jangan persembahkan binatang seperti ini kepada TUHAN: binatang yang buah pelirnya terjepit, atau dikerat, atau luka, ataupun dibuang. Perbuatan ini tidak dibenarkan di negeri kamu.
25 Jangan persembahkan binatang apa pun sebagai persembahan makanan, jika binatang itu diperoleh daripada orang asing. Binatang itu dianggap cacat dan tidak dapat diterima.
26-27 Seekor anak lembu, atau anak domba, atau anak kambing yang baru lahir, tidak boleh dipisahkan daripada induknya selama tujuh hari. Selepas itu barulah binatang itu boleh dipersembahkan sebagai persembahan makanan.
28 Induk lembu dan anaknya, atau induk domba dan anaknya, ataupun induk kambing dan anaknya, tidak boleh dipersembahkan sebagai korban pada hari yang sama.
29 Apabila kamu mempersembahkan korban kesyukuran kepada TUHAN, ikutilah peraturannya supaya korban kamu itu diterima.
30 Makanlah semua korban itu pada hari itu juga, dan jangan tinggalkan apa-apa sehingga esok pagi.