3 Sesiapa sahaja daripada keturunan kamu, yang dalam keadaan najis, mendekati korban-korban yang dipersembahkan oleh umat Israel khas untuk Aku, dia tidak boleh bertugas di mazbah lagi. Peraturan ini berlaku selama-lamanya. Akulah TUHAN.
4 Sesiapa sahaja daripada keturunan Harun yang menghidap penyakit kulit yang mengerikan, atau yang menghidap penyakit kelamin sehingga mengeluarkan lelehan, dia tidak boleh makan apa pun daripada korban yang dikhaskan itu, sebelum dia diumumkan tahir. Seseorang imam menjadi najis jika dia menyentuh sesuatu yang menjadi najis kerana terkena mayat, atau imam itu mengeluarkan mani,
5 atau dia menyentuh binatang yang najis atau orang yang najis.
6 Imam yang menjadi najis dengan cara apa pun, tetap najis sehingga matahari terbenam. Dia tidak boleh makan korban yang dikhaskan itu sebelum dia mandi.
7 Selepas matahari terbenam barulah dia tahir, dan dia boleh makan korban yang dikhaskan kerana itulah makanannya.
8 Dia tidak boleh makan daging binatang jenis apa pun yang mati biasa, atau yang diterkam binatang buas. Perbuatan itu akan menajiskan dia. Akulah TUHAN.
9 Semua imam harus patuh kepada peraturan-peraturan yang telah Aku berikan itu. Jika tidak, mereka bersalah dan akan mati kerana melanggar peraturan-peraturan yang suci itu. Akulah TUHAN dan Aku menyucikan mereka.