5 atau dia menyentuh binatang yang najis atau orang yang najis.
6 Imam yang menjadi najis dengan cara apa pun, tetap najis sehingga matahari terbenam. Dia tidak boleh makan korban yang dikhaskan itu sebelum dia mandi.
7 Selepas matahari terbenam barulah dia tahir, dan dia boleh makan korban yang dikhaskan kerana itulah makanannya.
8 Dia tidak boleh makan daging binatang jenis apa pun yang mati biasa, atau yang diterkam binatang buas. Perbuatan itu akan menajiskan dia. Akulah TUHAN.
9 Semua imam harus patuh kepada peraturan-peraturan yang telah Aku berikan itu. Jika tidak, mereka bersalah dan akan mati kerana melanggar peraturan-peraturan yang suci itu. Akulah TUHAN dan Aku menyucikan mereka.
10 Cuma orang daripada keluarga imam yang boleh makan daripada korban yang dikhaskan. Orang lain tidak boleh memakannya, walaupun orang itu tinggal bersama-sama imam, ataupun orang itu orang gaji imam.
11 Tetapi abdi yang dibeli dengan wang imam sendiri, atau yang lahir di dalam rumah imam, boleh makan makanan yang diterima oleh imam.