23-24 Hari pertama bulan ketujuh harus dirayakan sebagai hari yang khas untuk berehat. Apabila trompet ditiup pada hari itu, kamu harus berkumpul untuk beribadat.
25 Persembahkanlah persembahan makanan kepada TUHAN, dan jangan lakukan pekerjaan harian pada hari itu.
26-27 Hari kesepuluh bulan tujuh adalah hari untuk melakukan upacara tahunan bagi pengampunan dosa umat Israel. Pada hari itu kamu harus berpuasa dan berkumpul untuk beribadat, serta mempersembahkan persembahan makanan kepada TUHAN.
28 Jangan bekerja pada hari itu, kerana hari itu adalah hari untuk melakukan upacara pengampunan dosa, supaya kamu mendapat keampunan di hadapan TUHAN, Allah kamu.
29 Sesiapa yang makan pada hari itu tidak lagi dianggap sebagai anggota umat Allah.
30 Sesiapa yang bekerja pada hari itu akan dibinasakan oleh TUHAN sendiri.
31 Peraturan ini mesti dipatuhi oleh semua keturunan kamu, di mana sahaja mereka tinggal.