4 Yang berikut adalah perayaan-perayaan yang sudah ditetapkan oleh TUHAN, dan mesti diisytiharkan pada masa-masa yang ditetapkan.
5 Perayaan Paska, yang dirayakan untuk menghormati TUHAN, bermula pada saat matahari terbenam, pada hari keempat belas bulan pertama.
6 Pada hari kelima belas, Perayaan Roti Tidak Beragi akan bermula. Selama tujuh hari kamu tidak boleh makan roti yang beragi.
7 Pada hari pertama perayaan itu, kamu harus berkumpul untuk beribadat, dan jangan lakukan pekerjaan harian.
8 Selama tujuh hari, kamu harus mempersembahkan persembahan makanan kepada TUHAN. Pada hari ketujuh, sekali lagi kamu harus berkumpul untuk beribadat, dan jangan lakukan pekerjaan harian.
9-10 Apabila kamu masuk ke negeri yang diberikan oleh TUHAN kepada kamu dan menuai barli, kamu harus membawa berkas barli yang pertama kepada imam.
11 Kemudian imam akan mempersembahkan barli itu kepada TUHAN sebagai persembahan istimewa, supaya TUHAN berkenan kepada kamu. Imam akan mempersembahkan barli itu pada hari selepas hari Sabat.